Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu
"Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami"
LAWATAN KERJA YBM SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU KE DAERAH HULU TERENGGANU 2022 PDF Print E-mail
Written by pdht   
Sunday, 29 May 2022 01:48

Satu Lawatan Kerja Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu ke Daerah Hulu Terengganu telah berlangsung pada 26 Mei 2022 bersamaan 25 Syawal 1443H. Daerah Hulu Terengganu merupakan daerah yang keenam dalam siri lawatan kerja beliau ke daerah-daerah di negeri Terengganu.

Turut sama hadir semasa lawatan kerja ini ialah YBhg. Dato’ Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YBrs. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan pegawai-pegawai kanan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Rombongan YBM Setiausaha Kerajaan Terengganu telah disambut oleh YBrs. Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Hulu Terengganu, YBrs. Tuan Haji Lukema Meri bin Salleh@Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu dan pegawai-pegawai kanan Daerah Hulu Terengganu di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu.

Program ini dimulakan dengan sesi Taklimat Pembangunan Daerah Hulu Terengganu yang telah disampaikan oleh YBrs. Pegawai Daerah di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu. Program diteruskan pula dengan Majlis Amanat YBM Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama Penjawat Awam Daerah Hulu Terengganu di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu. Kehadiran penjawat awam negeri dan persekutuan di seluruh Daerah Hulu Terengganu seramai 500 orang turut memeriahkan lagi suasana majlis amanat berkenaan. Majlis gimik pelancaran Inovasi Pentadbiran Tanah Hulu Terengganu turut dijayakan oleh YBM Setiausaha Kerajaan Terengganu selesai penyampaian amanat beliau kepada penjawat awam Daerah.

Program lawatan kerja ini diteruskan pula pada sesi petang dengan penglibatan YBM Setiausaha Kerajaan Terengganu bersama komuniti setempat di Persisiran Sungai Terengganu, Kampung Dusun. Acara pelepasan anak tuntung, penanaman anak pokok dan acara sukan rakyat turut berlangsung di sana. Majlis diakhiri dengan demonstrasi mengemping dan membuat laksa kebok serta majlis penyampaian hadiah sukan rakyat kepada komuniti.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu yang dapat meluangkan masa bersama-sama penjawat awam di Daerah Hulu Terengganu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Lawatan Kerja YBM Setiausaha Kerajaan Terengganu pada kali ini. Semoga lawatan kerja ini menjadi pemangkin kepada pembangunan dan kejayaan di Daerah Hulu Terengganu.

Last Updated on Sunday, 29 May 2022 02:07
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU TERENGGANU
21700 Kuala Berang,Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : 09-6811244/09-6811294 09-6812473/09-6812471
FAX PTHT: 09-6812411
FAX PDHT: 09-6811964
E-Mail E-mail PDTHT :
ptht@terengganu.gov.my
pdht@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma dan Syarat || Dasar Privisi || Dasar Keselamatan || Bantuan || Peta Laman
Di kemaskini Pada :
Jumlah Pelawat : (Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday22
mod_vvisit_counterYesterday93
mod_vvisit_counterThis week115
mod_vvisit_counterLast week1230
mod_vvisit_counterThis month3024
mod_vvisit_counterLast month5413
mod_vvisit_counterAll days5320287

We have: 8 guests online
Your IP: 34.232.63.94
 , 
Today: Mar 27, 2023

QR Kod PDTHT :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu