MAJLIS PENYERAHAN SURATAN HAKMILIK DAN JADUAL 5A DAERAH HULU TERENGGANU |
|
|
|
Written by Administrator
|
Sunday, 07 August 2022 04:05 |
Majlis Penyerahan Suratan Hak Milik Dan Jadual 5A Daerah Hulu Terengganu yang bertempat di Dataran ATC, Pekan Ajil, Daerah Hulu Terengganu pada hari ini (4 Ogos 2022) telah selesai disempurnakan oleh YB Dr. Haji Alias Bin Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar yang mewakili YAB Dato Seri Menteri Besar.
Majlis turut dihadiri oleh YB Dr Haji Mamad bin Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau yang juga merupakan ADUN Kuala Berang, YB Haji Maliaman bin Kassim, ADUN Kawasan Ajil, Pegawai Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu dan Pegawai Penyelaras Dun Telemong serta ketua-ketua jabatan.
Sejumlah 1008 keping Suratan Hakmilik dan Jadual 5A telah disampaikan kepada 870 penerima melibatkan penduduk dari kawasan Dun Ajil, Dun Kuala Berang dan Dun Telemong.
Disebalik majlis penyerahan ini, pihak jabatan telah berjaya menyelesaikan satu permohonan tanah kelompok yang berlarutan selama lebih kurang 60 tahun. Dalam pada itu juga, seramai 84 orang peserta tanah terkilan dapat diselesaikan sebagaimana manifesto PRU-14.
|
Last Updated on Monday, 08 August 2022 03:03 |