Laman Web Rasmi
Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu
"Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami"
Sejarah Daerah PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 24 April 2013 02:28

Hulu Terengganu dikenali sebagai FO-LO-AN sejak abad ke 12 lagi berdasarkan buku sejarah Cina bernama 'Ling Wai- Tai Ta' karangan Cau-Cu-Fei pada tahun 1178. Pada masa itu daerah ini adalah sebagai bandar pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari segenap pelusuk alam Melayu, Timur Tengah dan China bagi menjalankan kegiatan ekonomi.

Ahli-ahli sejarah berpendapat Foloan yang disebut dalam buku tersebut ialah Kuala Berang. Berdasarkan buku sejarah berkenaan, hal ehwal Foloan diceritakan seperti berikut: ' Hasil keluaran Negeri itu (Foloan) termasuklah 'Su' dan 'Can' (jenis-jenis kayu gahru), kayu laka,gading dan lain-lain seumpamanya dan hasil-hasil itu diperniagakan dengan emas, perak, porselin, besi, bahan-bahan membuat barnis, arak, beras, gula dan gandum. Tiap-tiap tahun Kerajaan Foloan itu menghantar ufti kepada Kerajaan 'San Fo Cih' (Seri Wijaya).

Negeri itu (Foloan) berjiran dengan 'Peng-Heng' (Pahang), 'Teng-yanu' (Terengganu) dan 'Ci-lan-tan' (Kelantan) dan negeri-negeri itu bersamaan keadaannya.

Berdasarkan keterangan itu ternyatalah Kuala Berang pernah menjadi pusat perniagaan yang utama di Asia Tenggara disamping Seri Wijaya dalam kurun Masihi yang ke 12. Selain daripada itu, di sinilah juga berlakunya Perlantikan Kesultanan Terengganu Pertama.

Daerah ini juga terbukti merupakan tempat terawal menerima Agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu berdasarkan catatan pada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303 M (702 H) yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu.

Disamping itu, daerah Hulu Terengganu juga pernah menjadi tempat kunjungan dan tempat bermastautin tokoh-tokoh ulama seperti yang dibuktikan dengan penemuan makam-makam lama seperti Makam Tok Raja Ri di Kampung Kuala Por, Makam Tok Pauh di Kampung Pauh, Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, Makam Tok Berlian Mahmud di Kampung Kemat, Makam Tun Indera di Kampung Kuala Por dan Makam Sharif Mohamas Al-Baghdadi di Kampung Jenagor.

Hulu Terengganu juga pernah menjadi tumpuan pahlawan-pahlawan melayu seperti Tok Gajah, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau dan lain-lain lagi di awl abad ke 19. Daerah ini dijadikan sebagai kubu dan tempat persembunyian mereka bagi mengatur strategi menentang penjajahan Inggeris pada ketika itu. Antara peristiwa yang masih menjadi ingatan sehingga ke hari ini ialah Peristiwa PAdang Kacong di Kuala Telemong.

Last Updated on Sunday, 22 September 2013 08:32
 
Alamat Untuk Di Hubungi PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU TERENGGANU
21700 Kuala Berang,Hulu Terengganu
Terengganu Darul Iman.
No Telefon Dan Fax TEL : 09-6811244/09-6811294 09-6812473/09-6812471
FAX PTHT: 09-6812411
FAX PDHT: 09-6811964
E-Mail E-mail PDTHT :
ptht@terengganu.gov.my
pdht@terengganu.gov.my
Direktori Kakitangan Direktori Kakitangan
Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu
Hakcipta Terpelihara © 2012 Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu. All Rights Reserved.
Penafian:Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan
disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada Laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar IE8, Mozilla Firefox
Terma dan Syarat || Dasar Privisi || Dasar Keselamatan || Bantuan || Peta Laman
Di kemaskini Pada :
Jumlah Pelawat : (Statistik Penuh)
Malaysia : http://www.malaysia.gov.my    Kerajaaan Negeri Terengganu : http://www.terengganu.gov.my    Mampu :http://www.mampu.gov.my    MSC Malaysia : http://www.mscmalaysia.gov.my
Ikuti Kami :

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday49
mod_vvisit_counterYesterday93
mod_vvisit_counterThis week142
mod_vvisit_counterLast week1230
mod_vvisit_counterThis month3051
mod_vvisit_counterLast month5413
mod_vvisit_counterAll days5320314

We have: 14 guests online
Your IP: 34.232.63.94
 , 
Today: Mar 27, 2023

QR Kod PDTHT :
QR Kod Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu