Fungsi dan Dasar Kualiti Print
Written by Administrator   
Wednesday, 03 July 2019 02:39

FUNGSI ORGANISASI PEJABAT DAERAH HULU TERENGGANU

Fungsi utama Pejabat Daerah Hulu Terengganu ialah merancang, menyelaras dan melaksanakan projek pembangunan fizikal, pembangunan masyarakat, keselamatan, majlis dan keraian, pentadbiran dan kewangan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat seimbang dari segi kehidupan sosial, ekonomi dan melahirkan masyarakat yang sentiasa produktif.

DASAR KUALITI PEJABAT DAERAH HULU TERENGGANU

Pejabat Daerah Hulu Terengganu adalah komited untuk mengurus dan mentadbir daerah bagi mencapai pembangunan yang seimbang dari segi ekonomi, sosial, fizikal dan pembangunan insan bagi memenuhi kehendak pelanggan serta menjalankan penambahbaikan secara berterusan berdasarkan sistem pengurusan kualiti MS ISO 9001:2015 Pejabat Daerah & Tanah Hulu Terengganu.

FUNGSI ORGANISASI PEJABAT TANAH HULU TERENGGANU

Fungsi utama Pejabat Tanah Hulu Terengganu ialah memproses permohonan dari segi perlupusan, pendaftaran, pembangunan pentadbiran dan kewangan, ICT, perundangan, penguatkuasaan dan hasil tanah.

DASAR KUALITI PEJABAT TANAH HULU TERENGGANU

Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan melalui sistem pengurusan dan pendatbiran tanah secara berterusan melalui aplikasi sistem penyampaian yang efektif bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Last Updated on Wednesday, 03 July 2019 02:56