FORUM PERDANA MAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU Print
Written by pdht   
Thursday, 27 September 2018 07:05

Seramai 4000 orang telah menghadiri Forum Perdana Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 26 September 2018, bertempat di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu. Yang disempurnakan oleh YB Yahya bin Ali, Speaker Undangan Negeri Terengganu yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu.

Program ini turut dihadiri sama kepimpinan peringkat daerah iaitu YB Dr. Mamad bin Puteh Pengerusi Jawatankuasa Insfrastuktur, Kemudahan Awam, Utiliti & Teknologi Hijau merangkap ADUN Kuala Berang, YB Ustaz Maliaman bin Kassim ADUN Ajil, Y.Bhg. Tn Hj Zainal Abidin bin Mohamed , Pegawai Daerah Hulu Terengganu dan Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Daerah.

Program bertajuk “ Menyantuni Ummat Membawa Rahmat ” itu dikendalikan oleh Muhammad Hagia Sofia Mohd selaku moderator dan ahli panelnya terdiri daripada penceramah agama Ustaz Haslin Baharim dan pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin UniSZA Prof Madya Dr. Basir Ibrahim Al-Azhari.

Last Updated on Thursday, 27 September 2018 07:12