PROGRAM CERAMAH RAMADHAN DAN BACAAN AL-QURAN Print
Written by pdht   
Thursday, 22 April 2021 06:07

Program ceramah Ramadhan dan Bacaan Al-Quran telah berlangsung di Dewan Syarahan, Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu. Turut hadir sama Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli, Pegawai Daerah serta kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu.

Program pada pagi ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan diteruskan dengan sesi ceramah Ramadhan yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad bin Abdullah (Ustaz Mad Kecik).

Program ceramah yang diadakan adalah sebagai satu wadah bagi memberi penjelasan dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menghayati kelebihan dan tuntutan beramal sepanjang bulan Ramadhan.

Last Updated on Monday, 30 May 2022 00:09