LAWATAN PEGAWAI DAERAH HULU TERENGGANU KE PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR) DAERAH HULU TERENGGANU Print
Written by pdht   
Monday, 14 June 2021 07:57

Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Encik Ahmad Azizi bin Zulkifli bersama-sama wakil daripada IPD Hulu Terengganu telah hadir menyantuni petugas-petugas kesihatan di PPV Kuala Berang dan PPV Ajil dan telah memberikan sedikit sumbangan kepada mereka.

Tuan Pegawai Daerah juga turut hadir ke SJR di daerah Hulu Terengganu bagi menyantuni petugas-petugas keselamatan yang terdiri daripada pihak PDRM, ATM, Rela yang telah bertugas di SJR Batu 18, Ajil, SJR Kuala Kejil dan juga SJR di PKPD Kampung Tajin.

Pertemuan dan sedikit sumbangan yang diberikan adalah bagi menghargai jasa dan penat lelah barisan hadapan yang sentiasa bertungkus lumus bagi memastikan setiap penduduk di daerah Hulu Terengganu dalam keadaan yang baik dan selamat.

Terima kasih Frontliners

Last Updated on Monday, 30 May 2022 00:07